Tips nak tahu ketulenan jongkong emas sahih atau tak

Antara persoalan yang berpusing-pusing di fikiran saya masa mula-mula nak beli emas pada tahun 2012 adalah macam mana nak confirmkan emas tu tulen atau tak?

Kalau tanya ke makcik-makcik yang beli barang kemas, jawapan mereka;

“Owh tengok je lah dekat belakang cincin atau gelang itu. Kalau dia tulis 999 maka 999 lah. Kalau ditulis 916, jadi 916  lah.”

Hurm.. jawapan itu sungguh tak meyakinkan saya. Hihi.

Ala macam bila tuan puan nak beli barangan hardware untuk rumah, Mesti nak yang ada cop SIRIM kan. Lebih secure.

Tuan-tuan, semua jongkong emas yang established di pasaran mesti memiliki “Sijil Ketulenan Emas”. Ia dikenal- sebagai Assayer Certificate. Contohnya;

Jenama PAMP Suisse
Jenama Perth Mint

 

Jenama Public Gold
Jongkong emas keluaran Public Gold

 

Salah satu cara paling mudah seperti yang digunakan di Ar-Rahnu adalah menggunakan densimeter. 

 

Ia dapat menguji berat emas dengan betul adalah dengan melakukan ‘float test’.

  • Salah satu ujian awal yang paling mudah untuk emas di rumah adalah Float Test. Yang anda perlukan hanyalah secawan (atau mangkuk) air dan barang emas anda. Yang harus anda lakukan ialah meletakkan kepingan emas anda ke dalam air!
  • Sekiranya itu emas asli, maka ia akan segera tenggelam ke bahagian bawah cawan. Emas tulen adalah berat kerana ketumpatan tinggi (19.32 g / ml).

 

  • Sekiranya barang emas anda melayang atau melayang di atas cawan, maka itu adalah emas palsu atau berlapis. Ini kerana ketumpatannya lebih rendah (14K adalah 12.9 hingga 14.6 g / ml, 18K adalah 15.2 hingga 15.9 g / ml, dan 22K adalah 17.7 hingga 17.8 g / ml.)
  • Walau bagaimanapun, Ujian Float bukanlah ujian tepat 100% kerana barang palsu itu boleh mempunyai logam berat lain yang juga tenggelam. Inilah sebabnya mengapa ia mesti menjadi kaedah awal sahaja.

 

  • Sekiranya barang anda tenggelam dan anda masih ragu-ragu, lakukan ujian berikut, tetapi juga perlu diingat bahawa emas sebenar tidak berkarat atau berubah warna jika anda meletakkan di dalam air. Sebarang tanda yang menunjukkan reaksi ini adalah pengesahan bahawa barang anda adalah emas palsu atau berlapis emas.
  • Densimeter yang sudah lama tidak di maintenance juga akan beri kesan kepada ‘result’ ketulenan emas itu sendiri.

 

Emas 1 kilogram di uji berat.

 

Float test untuk emas 1 kilogram. Hasil ujian adalah positive, 100% Emas Tulen 24 karat!

Produk emas dan perak keluaran Public Gold Marketing Sdn Bhd  mempunyai sijil perakuan sah yang diiktiraf oleh Penguji Ketulenan atau lebih dikenali dalam dunia emas sebagai Assayer.

Assayer ini berperanan untuk menguji ketulenan setiap produk emas dan  perak yang dihasilkan oleh kilang Public Gold bagi menepati piawai yang telah ditetapkan. Setiap produk akan melalui  saringan yang ketat dan diuji sebelum disijilkan untuk dijual kepada  orang ramai.

10 gram BungaMas Public Gold

 

Profil Assayer bertauliah yang menguji setiap produk keluaran Public Gold Marketing Sdn Bhd

 

Oleh itu, tidak timbul sebarang keraguan bahawa produk dari syarikat  tersebut tidak tulen atau tidak menepati piawaian terutamanya dari segi  mutu, ketulenan emas/perak dan juga berat emas/perak tersebut.

Ini  kerana, assayer yang dilantik untuk kerja-kerja tersebut berdaftar  dengan badan-badan professional yang bertauliah di Malaysia ini.

Setiap produk keluaran Public Gold mempunyai sijil perakuan sah oleh Assayer bertauliah

 

1 dinar LBMA Public Gold
Goldbar Public Gold yang dibuat di Turki pula disahkan ketulenan oleh Assayer syarikat Nadir Metal Refinery (NMR).

 

Berat emas 0.5 gram jenama Public Gold
Berat emas 1 gram jenama Public Gold

Siapakah dia Assayer emas bertauliah Abdul Shukor Anuar?

Penulis, Aldasir BIn Rudy bersama Encik Abdul Shukor Anuar (Assay Office Penang Sdn Bhd). Beliau satu-satunya Certified Assayer yang ada di negara kita. Hebat orangnya!

Jadi, silakan beli simpanan emas Public Gold tanpa was-was. Diuji ketulenan emasnya dan disahkan patuh syariah oleh autoriti.

 

Aldasir Bin Rudy (M.D.)

PG Group

Priority Dealer

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *