Semalam, semasa dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerja ada seorang sahabat baru, Tuan M dari Sandakan bertanya melalui whatsapp:
“Apa dia strategi terbaik untuk saya kalau nak simpan emas?”
Sebagai seorang yang berpengalaman simpan emas sejak tahun 2012, ini jawapan saya.
JAWAPAN:
Sebelum mulakan simpanan emas, anda perlu tahu matlamat & posisi anda sebagai pemilik emas.
Emas ada terlalu banyak fungsi & ada 1,001 manfaat.
Daripada fungsi emas yang banyak itu, ia akan membantu anda faham matlamat anda simpan emas yang selari dengan matlamat kewangan anda.
Berikut adalah enam (6) matlamat peribadi saya buat simpanan emas.
1.Emas dapat menyelesaikan masalah saya , masalah duit selalu terguna tanpa disedari ataupun “boros halus” yang sering terjadi sejak awal² mula bekerja.
Semakin tengok jumlah cash dalam akaun bank tempat gaji masuk, semakin memuncak nafsu belanja, walaupun hakikatnya tanpa item yang nak dibeli itu, masih boleh hidup.
Kesannya, saya gagal menyimpan tunai walaupun dah 2 tahun bekerja. Syukur kepada Tuhan sebab saya masih sedar diri, bukan lahir anak orang senang. Sebagai alternatif kepada simpanan tunai yang tidak sukses, saya simpan emas.
Sejak saya mula beli dan simpan emas secara bulanan(kadang setiap minggu), tidak kira beli secara retail (Full payment @ Syariah Easy Payment Purchase) ataupun beli gram emas dalam GAP, semakin ditengok emas dalam tangan ini semakin gian mahu ditambah². PELIK TAPI SERONOK!
Simpan item 1dinar pun seronok! +/-RM1,200/pc boleh muat 4-5 keping dalam wallet.
Bayangkan Ada RM 4.8k – RM6k dalam wallet!
Tetapi amda masih “rasa tak berduit”. Anda akan cari lebih banyak duit tunai. Walhal Duit anda selamat jadi emas. Nampak?
Kalau anda tambah emas, duit anda sebenarnya tidak dibelanjakan. Hanya tukar bentuk duit tunai kepada duit emas sahaja.
Emas adalah duit, tapi duit bukan emas, duit hanyalah matawang.
Ia kertas yang dipaksakan nilai keatsnya oleh pemerintah. Dan bila-bila masa sahaja nilai itu boleh dihilangkan.
Akan ada segelintir “pelabur” akan cakap, duit jadi “mati” kalau tukar kepada emas. Sebenarnya, duit itu tidak mati, duit itu sebenarnya berjaya dihidupkan semula dalam bentuk yang tidak akan musnah nilainya.
2. Emas sebagai simpanan masa depan yang mengekalkan kuasa beli. Penyimpan nilai yang bagus kata pakar kewangan.
3. Emas sebagai dana pendidikan anak² yang kalis inflasi walaupun selepas 20-30 tahun. Buktinya, boleh baca kisahnya disini.
4. Beli harga rendah, jual harga tinggi- alat pelaburan.
5. Jadikan bisnes part-time dengan status Dealer Public Gold. Bisnes paling mudah & paling rendah risiko rugi dengan ilmu. Orang kampung saya cakap “Slowly but surely”.
6. 1,000 dinar emas sebagai dana persaraan.
Saya sudah buat kira-kira. InshaAllah 1,000 dinar ini cukup untuk saya bersara awal kelak. Mohon doa sahabat-sahabat pembaca doakan Aldasir Rudy sukses kumpul seribu dinar sebagai dana persaraan. Amiinnn..
Kalau dah faham matlamat sendiri, barulah beralih kepada step sterusnya iaitu:
Kenalpasti posisi anda sebagai pemilik emas.
(1) Gold saver:
Mereka simpan emas secara konsisten. Posisi menang tatkala emas bertambah secara konsisten. Ringgit bukanlah matlamat, tetapi gram emas sebagai 🎯 key-performance-indicator.
Gold-Saver: Semakin banyak gram emas, mereka semakin happy. Kalau tahun ini, berjaya simpan 12 dinar, tahun depan WAJIB ada minima 24 dinar.
Gold-Saver: Matlamat kewangan mereka jelas, Contohnya nak simpan 10 Dinar sebagai DANA Umrah VIP, ataupun jongkong 50gram sebagai DANA Haji.
Gold-Saver: Modal permulaaan mereka serendah 1gram @ paling minima RM100 melalui GAP- akaun emas Public Gold yang patuh syariah.
(2) Gold investor:
Gold-investor: Mereka simpan emas untuk mengaut keuntungan atas faktor kenaikan harga emas. Posisi menang tatkala tunai (RM) bertambah.
Gold-investor: Gram emas bukanlah matlamat, tetapi berapa ribu/puluh ribu ringgit tunai hasil untung jualan balik emas sebagai 🎯 key-performance-indicator.
Gold-investor: Semakin banyak untung RM mereka kaut hasil jualan emas semakin mereka happy. Bahasa mudahnya “Buy-low, Sell-high”.
Gold-investor ini sudah ada pelbagai aset fizikal lain dan hanya gunakan duit EXTRA yang bukan nak pakai dalam masa terdekat.
Gold-investor checklist:
✅Dana kecemasan 3-6 bulan income ready,
✅mentor ready,
✅ilmu analisis harga emas & ilmu fundamental emas dah ready, dan mereka
✅HANYA beli emas bar 250gram, 500gram & 1000gram sahaja. Modal mereka agak besar & tidak akan rugi selagi emas fizikal masih dalam tangan.
(3) Gold trader:
Gold trader: Mereka menjalankan jual beli emas, setiap transaksi emas dikira sebagai untung. Jual emas pada harga jualan, beli balik emas pada harga beli balik. Contoh mudah: kedai² emas sekeliling anda.
Modal sangat besar. Nak cover Kos overhead kedai, security & pekerja
4) Gold-Dealer
Gold-Dealer: teknik hybrid ini sebenarnya seorang pelabur emas dan trader emas tetapi tidak suka simpan stok emas dalam tangan, mereka ini dipanggil gold dealer. Dan penulis juga salah seorang daripada gold- Dealer berstatus Star Master Dealer(Bukan Gold-digger) ya sahabat².
Dealer cuma rekemen kepada sahabat² nak beli emas di mana, & mana nak jual balik emas tadi. Keuntungan Dealer datang dari komisen yang diberikan syarikat jual beli emas yang direkemen.
Selain itu, gold-dealer ini juga tahu selok belok tentang emas dengan mendalam agar dapat minimakan kerugian si penyimpan duit tunai sahaja.
Setakat harini di Malaysia, tiada syarikat emas yang mempunyai reputasi lebih tinggi selain Public Gold.
Fuh, dah taip panjang-panjang begini harapnya sahabat² yang nak tahu pasal emas dapatlah sedikit sebanyak ilmu manfaat.
Banyak instrumen kewangan yang wujud harini. Antaranya Asbf-i, TH, Unit trust, saham, REIT & emas. Setiap satu alat itu ada baik & buruknya. Perlu faham ilmunya sebelum letak wang anda disana. Haa Kan!
Setiap alat kewangan ini sepatutnya boleh capai matlamat kewangan anda, syaratnya bertindak atas ilmu.
Sebelum melabur, jadilah pelabur yang baik. Jangan lupa baca buku, hadir Seminar, tanyakan kepada pakar yang proven sukses dalam bidang yang diceburi, dan yang paling penting ..
SEGERA adakan simpanan kecemasan kepada yang baru mula bekerja. Elakkan hutang musibat.
Kalau anda rasa posting ini ada manfaat, #share saja tanpa mohon izin share.
Itu sahaja sesi Q&A emas kali ini.
Last but not least, untuk ilmu emas berterusan sila join channel telegram rasmi saya, klik gambar bawah ini.
Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist
Penyimpan emas paling tegar
Star Master Dealer Public Gold