Nak tahu anda seorang pelabur atau penyimpan emas

“Aku beli 10 gram emas ini dikira sebagai pelabur emas atau penyimpan emas?”

Tanya seorang sahabat Tuan M yang baru sahaja terbuka hatinya nak lengkapkan portfolio kewangan beliau dengan simpanan emas.

Ada 2 posisi pemilik (pembeli/pemborong) emas fizikal yang kita semua perlu tahu iaitu:

 

1)Penyimpan emas

2)Pelabur emas

 

 

________________________

1# Posisi Penyimpan Emas

Mereka adalah golongan yang sangat faham kepentingan simpan emas fizikal.

 

Ciri ²penyimpan emas adalah:

  • Bajet antara RM100 hingga RM300 sebulan.
  • Produk yang sesuai ialah akaun emas atau 10 gram EPP10 (Bayar 10 kali).
  • Bacaan lanjut untuk faham apa beza akaun simpanan emas dengan belian shariah EPP. Klik sini

 

Matlamat mereka hanya satu, untuk selamatkan nilai duit dengan cara menukar simpanan bentuk wang kertas kepada bentuk wang emas untuk kegunaan masa hadapan.

 

Jika berlaku kecemasan, duit emas adalah sebagai ‘backup’ duit tunai. Bawa emas ke Arrahnu digadaikan dan dapat pinjaman tunai segera sebanyak 70% dari nilai semasa.

 

Antara ciri penyimpan emas berjaya

  • Dapat kawal boros halus dengan simpan emas secara konsisten

 

  • Emas sebagai simpanan jangka masa panjang dan bukan masa terdekat.

 

  • Emas sebagai alat melindungi kekayaan dari susut nilai Wang kertas akibat inflasi pada setiap tahun

simpan emas

  • RM10,000 pada 10 tahun lepas, RM10,000 hari ini  takkan pernah sama kuasa beli.

Setiap tahun ‘purchasing power’ wang kertas memang wajib makin susut!

  • Emas digunakan apabila kecemasan sahaja. Dana kecemasan 3 bulan gaji penulis adalah dalam bentuk simpanan tunai dan emas. Dalam jangka masa panjang, kenaikan harga emas sebabkan kita seolah-olah buat tambahan dana kecemasan. Hakikatnya harga emas  yang naik.

 

  • Strategi yang digunakan oleh penyimpan emas ini sangat mudah dan praktikal, ada duit lebih  terus alih tukar kepada  emas.

 

  • Mereka tidak risau harga emas naik atau turun. Kategori ini beli emas secara konsisten dan mereka juga terkenal dengan pepatah emas..

“semakin banyak gram, semakin gembira sebab kekayaan makin banyak”.

__________________

2# Posisi Pelabur Emas

Ramai juga tersilap faham dirinya sebagai pelabur emas. Perlu diingat seorang pelabur beli emas dalam gram yang besar. Ciri-ciri pelabur emas ialah

 

Ada bajet minima belian 100 gram ke atas. Sebab spread / susut harga kecil

Kurang dari ini, kita masih lagi nak belajar menyimpan dengan konsisten.

 

Selalunya golongan ini bertujuan meningkatkan keuntungan dalam jangka masa sederhana.

 

Antara skill tambahan sebagai seorang pelabur emas adalah:

  • Membeli emas ketika harga rendah, Jual ketika harga tinggi.

 

  • Strategi digunakan adalah dengan pelajari ilmu teknikal (baca harga) dan fundamental ( baca trend) dalam menganalisis pasaran emas dunia.

 

  • Menjana keuntungan RM dengan aktiviti jual beli emas kepunyaan sendiri
Pelabur emas fokus pada belian minima 100gram & sebaiknya 250gram

 

Formula mudah bagi seorang pelabur, yang dikejar adalah keuntungan jualan emas apabila harga naik dan bersedia membeli pada harga rendah dalam kuantiti yang besar.

Psssttt, ada satu tip MAHAL nak share ni. Jika anda simpan dengan akaun GAP, pada awalnya anda dipanggil penyimpan, dihujungnya anda dipanggil pelabur.

 

Sahabat-sahabat kesayangan, kalau nak simpan emas, simpan emas dengan ilmu. Barulah seronok!

 

Saya sedia bimbing anda untuk kedua-dua kategori di atas.

Soalan #1: Bila masa terbaik beli emas nak jadi penyimpan?

Jawapan: Masa terbaik beli emas adalah 20 tahun lepas (sekitar RM30/gram) dan masa kedua terbaik ialah pada hari ini (gunakan duit yang anda nak simpan untuk jangka panjang ataupun duit extra seperti bonus, untung bisnes, untung saham, dividen,dll)

 

Soalan #2: Bila masa terbaik top-up emas GAP?

Jawapan: Selepas anda tetapkan matlamat nak simpan emas, tukarkan matlamat kewangan dalam bentuk gram & set masa nak capai.  Contoh: **Guna harga 1gram =RM260

(1) Nak jadikan deposit rumah RM26k,

  • Rm26,000 ÷ RM260= 100gram
  • Set Masa 36 bulan
  • Setiap bulan simpan 2.8 gram emas (100÷36= 2.7778)

 

(2) Nak jadikan Dana beli tanah lot RM26k,

  • Rm26,000 ÷ RM260= 100gram
  • Set Masa 36 bulan
  • Setiap bulan simpan 2.8 gram emas (100÷36= 2.7778)

 

(3) Isteri mengandung, nak beli kambing 2 ekor untuk Aqiqah  RM2,220: 

  • Rm2,220 ÷ RM260= 8.5gram
  • Set Masa 8 bulan
  • Setiap bulan simpan 1 gram++ emas (8.5÷8= 1.0625)

 

So, anda adalah Seorang penyimpan atau pelabur?

Admin start dahulu, admin sebenarnya seorang penyimpan emas . Kali pertama mula terjebak belian pertama semasa tahun pertama kerja.

Masa itu tahun 2012 beli emas kat company lain. Dapat emas fizikal alhamdulillah.

Jumpa Public Gold tahun 2014 secara online, mula rm100 sebagai belian rasmi tahun 2016, dapatlah 0.5+++gram. Alhamdulillah! Bayangkan betapa menyesal hanya selepas 2 tahun mengkaji baru mula beli!

Moga bermanfaat.

 

Last but not least, untuk ilmu emas berterusan sila join channel telegram rasmi saya, klik gambar bawah ini.

 

Aldasir Rudy |#goldmedalist
Penyimpan emas paling tegar
Authorised Dealer Public Gold
Kod Dealer: PG00084469
WA: 016-7771685|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *