Silver : Apa yang newbie perlu tahu sebelum beli?

Salam tuan, emas dah mahal lah. Bila emas nak turun ni?

Betul. Saya sangat percaya harga emas mahal. Sebab dulu mula beli pada harga ~Rm150 per gram. Itu benchmark harga peribadi saya. Jadi, harga emas sekarang memang mahal. Dan akan terus makin mahal.

 

Tetapi, soalan kedua, iaitu ” Bila emas nak turun?”, ini adalah antara perkara ghaib yang tiada siapa tahu jawapannya. Hatta pakar pelaburan emas pun tidak akan mampu jawab bila harga emas akan turun. Yang pastinya harga emas ada naik turun dalam jangkamasa pendek, dan harga emas akan tetap naik dalam jangkamasa panjang. ini WAJIB.

 

Saya pun tanya balik, berapa gram emas yang ada dalam simpanan. Agak terkejut dengan jawapan, client emas ini konsisten simpan emas melalui akaun peribadi emas GAP dah lebih 200gram. Alhamdulillah, duit simpanan lekat dengan jayanya. 

 

Saya sedar client emas ni memang punyai matlamat simpan emas yang jelas sejak awal lagi beliau consult saya. Bagi beliau, emas bukan sekadar beli untuk perhiasan.

Tuan, saya tengok kat website, harga silver 1 kilogram tak sampai pun 3k . Emas dah cecah 250k. Kenapa  Silver murah?

 

Untuk client ini, saya  beri green light kalau nak simpan Silver atas 3 sebab  iaitu:

1) Beliau dah simpan emas lebih 100gram. Emas lebih mudah cair bila gawat berbanding Silver.

2) Beliau nak simpan duit dalam jangka masa panjang (lebih 10 tahun).

3) Silver sedang undervalue yang sangat ketara dalam tempoh 20 tahun kebelakangan.

____________

Tuan, saya tengok kat website, harga silver 1 kilogram tak sampai pun 3k . Emas dah cecah 250k. Kenapa  Silver murah?

Kalau ikutkan, sebenarnya ramai pakar precious metal (logam bernilai) lebih suka simpan Silver berbanding Emas. Robert Kiyosaki, seorang pakar kewangan antarabangsa yang juga Penulis buku sensasi “Rich Dad, Poor Dad”. Beliau akui beliau perolehi lebih banyak nilai pelaburan dalam logam berharga, khususnya Silver berbanding emas.

 

Silver dianggap “gold in future” (emas masa hadapan). Kalau dikatakan potensi peratusan kenaikan harga silver akan pergi lebih jauh berbanding emas, saya percaya, ia sangat munasabah atas dua faktor yang menunjukkan harga silver sangat undervalue sekarang:

 

1.Graf “Gold Silver Ratio”

Graf “Gold Silver Ratio” (nisbah emas kepada perak) sekarang ni menunjukkan 1 : 95. Ini bermaksud 1 kilogram emas mampu membeli 95 kilogram silver atau dengan kata lain, setiap 95 kilogram silver nilainya dapat ditukarkan kepada 1 kilogram emas.

Graf 1 tahun nisbah harga silver berbanding emas. “Last close : 95.74” pada bahagian paling atas sebelah kanan tu bermaksud nisbah sekarang sekitar 1kilo emas : 95 kilo silver.

Graf 20 tahun nisbah harga silver berbanding emas. “Low : 31.64” bermaksud nisbah terendah dalam tempoh 20 tahun ialah 1kilo emas : 30 kilo silver. Ketika tu (tahun 2011), harga silver di paras tertinggi dalam sejarah!

 

Sejarah 20 tahun menunjukkan, harga termahal silver ialah pada tahun 2011 iaitu ketika ratio sekitar 1 : 30, dan harga termurah silver pada bulan Februari 2020 iaitu ketika ratio sekitar 1 : 125.

 

Key Point: Lagi besar angka Gold Silver ratio itu menunjukkan harga silver lebih under-value (murah).

 

Ini bermakna, siapa beli 95 kilo silver sekarang; apabila ratio itu berubah menjadi 1 : 30 macam tahun 2011, setiap 95 Kilo silver ini nanti dapat dapat tukarkan semula kepada 3 kilo emas berbandig sekarang yang cuma 1 kilo sahaja!

 

Seolah-olah kalau 1 kilo emas yang kita ada hari ini ditukar kepada 95 kilo silver sekarang, nanti dapat dapat tukarkan semula kepada 3kilo emas bila gold silver ratio kembali 1 : 30 atau lebih rendah daripada itu!

Dari 1 kilo bertambah lagi 2 kilo = 3 kilo emas! 

Buy 1 free 2!

 

Soalan: Macam mana nak kira Gold Silver Ratio secara manual?

Jawapan: Disebabkan gold silver ratio ini adalah berdasarkan graf harga dalam USD, akan terdapat sedikit penurunan ratio disebabkan kadar tukaran matawang . 

Contoh: 1 kilogram jongkong  emas & silver daripada syarikat jual beli yang sama.

 

Harga semasa jongkong emas 1 kilogram LBMA keluaran Public Gold.
Harga semasa jongkong Silver 1 kilogram LBMA keluaran Public Gold.

Formula: Harga emas bahagi harga Silver

Rm253,008  ÷ RM2974 = 85!

Gold Silver Ratio = 1 : 85

Ulangkaji, Gold Silver Ratio dalam matawang USD ; 1 : 95, manakala

Gold Silver Ratio dalam matawang RM ; 1 : 85

Beza sebanyak 10 %. [(95- 85) ÷ 95 x 100%]. Perbezaan disebabkan kadar tukaran matawang.

_________

 

 

Kalau tuan puan belum tahu lagi,  spread silver 1 kilobar dan 5 kilobar status LBMA keluaran Public Gold adalah antara yang paling rendah di Malaysia iaitu 12%.

 

Maksudnya kalau nak jual silver untuk dapatkan keuntungan, perlu tunggu kenaikan harga silver lebih 12% daripada harga anda beli. 

Prestasi 20 tahun harga Silver dalam Ringgit.

2. Nisbah Zakat Emas : Zakat Perak

Nisab zakat silver ialah 595 gram berbanding emas 85 gram.

 

Maka daripada situ kita faham, nisbah (ratio) emas kepada silver dari sudut nisab zakat ialah 1 : 7.

 

1 gram emas nilainya bersamaan 7 gram silver.

Maksudnya kalau harga emas 1 gram hari ini ialah RM250/gram, maka harga silver sepatutnya sekitar RM35/gram (RM250 ÷ 7).

 

Tetapi realitinya, harga silver hari ini baru sekitar RM3/gram! Kalau mengikut kiraan ni, harga silver sekarang lebih murah 11 kali ganda berbanding harganya yang sebenar.

 

Jadi, apa yang berlaku pada hari ini adalah sesiapa yang simpan silver cuma perlu keluarkan zakat 11 kali ganda lebih murah .

 

Siapa simpan silver 595 gram hari ini yang harganya sekitar RM1,700++ sudah layak zakat. Sedangkan siapa simpan emas seberat 85 gram yang harganya sekitar RM21,500 ++ barulah layak keluarkan zakat.

 

Jadi saya percaya, harga sebenar 595 gram silver sepatutnya RM21,500++ (iaitu bersamaan harga 85 gram emas). Ini bermaksud, harga silver sekarang sangat UNDERVALUE sekitar 92% berbanding nilainya yang sebenar!

______

Berdasarkan  dua faktor ini sahaja saya yakin sudah cukup untuk membenarkan kata-kata pakar yang menganggap silver adalah “gold in future”.

 

Silver bar 250 gram keluaran Public Gold. Ini silver LBMA yang bebas GST/SST di Malaysia.

 

Kesilapan Beli Silver Luar Negara

Kalau nak beli silver sebagai pelaburan jangka panjang di Malaysia, tak ada platform lain yang saya boleh syorkan selain Public Gold. Masa harga silver tengah mencanak naik sekitar tahun 2011 dulu, ramai yang import silver dari luar negara masuk ke Malaysia. Masa tu, mereka boleh jual silver pada harga lebih murah dari Public Gold.

 

Hari ni, hanya pembeli silver Public Gold sahaja yang boleh tersenyum kalau nak jual silver mereka sebab Public Gold jamin beli balik silver keluarannya sendiri pada harga tinggi.

 

Bagi pembeli silver jenama lain, majoritinya terpaksa ‘menangis’… Kedai emas tak terima. Pembekal asal hilang entah ke mana. Nak dapat harga bagus, kena cari pembeli dari kalangan collector silver individu. Itu pun susah sebab bakal pembeli boleh main harga sebab mereka tahu seller sedang terdesak. Lagi teruk, nak gadai pun tak boleh…

 

Public Silver  “The Best Silver Trading Brand”

Public Silver jenama jongkong silver keluaran Public Gold Sdn. Bhd, senang dibeli, senang dijual dan harga beli balik pun agak tinggi disebabkan kadar spreadnya rendah berbanding silver jenama lain.

 

Public Gold bukan sekadar jual silver, tetapi Public Gold menyediakan PLATFORM jual beli yang trusted (boleh dipercayaai). SENANG BELI, SENANG JUAL dan BOLEH GADAI.

 

Ia platform pelaburan silver terbaik di Malaysia. Sejak 2008 sampai sekarang, saya boleh katakan tak ada platform atau syarikat  lain di Malaysia boleh tandingi Public Gold dari aspek ini!

 

Silver bar LBMA 5 kilogram keluaran Public Gold. Harga semasa boleh semak di www.publicgold.com.my.

_______

Perkongsian koleksi simpanan Silver yang saya beli di Public Gold:

Bermula dengan item terkecil available: 250gram. Dengan matlamat nak capai 1000gram jongkong emas pertama kelak.

 

Kemudian, ada extra cash terus tukar kepada jongkong Silver 1000gram.

______

Soalan: Bagaimana cara nak beli  Public Silver ini?

1.Beli directly di cawangan Public Gold terdekat

Hubungi cawangan terdekat dan set appointment (klik BOOK APPOINTMENT @ whatsapp Person In-Charge).

Kemudian, terus pergi ke cawangan terdekat ikut tarikh yang dah set, Bayar dan terus bawa balik. Masa beli, pastikan beritahu nama saya “Aldasir Bin Rudy , kod PG00084469” sebagai Introducer bagi sesiapa yang nak jadi pembeli silver (atau emas) di bawah bimbingan saya.

 

Selepas beli, wassap kepada saya +60167771685 untuk saya tunjukkan NEXT STEP menjadi pelabur emas dan silver yang berilmu.

 

2. Order Secara Online

Register dulu sebagai ‘ahli’ di website secara percuma. Kemudian login disini menggunakan password Number IC (tanpa Dash). dan bayaran secara online FPX terus ke akaun Public Gold.

 

Selesai pembayaran secara online, tuan puan contact cawangan terdekat Public Gold, maklumkan mereka number CSO & pembayaran sudah dibuat. Bila stok baru sampai dari HQ dalam tempoh 1 – 2 minggu, minta mereka call untuk datang ambil. Ingat ambil nama staff yang angkat telefon tu supaya senang nak follow-up.

 

Masa nak datang collect silver tu nanti, pastikan bawa IC anda untuk pengesahan pembeli &  SLIP BAYARAN ORIGINAL untuk diserahkan kepada Public Gold.

 

3.Akaun Peribadi Silver (SAP)

Silver Accumulation Program (SAP) sama macam Gold Accumulation Program (GAP). Ia memudahkan kita beli dan kumpul silver serendah RM100 setiap kali belian, dan boleh keluarkan silver fizikal bila jumlah mininum cukup 250 gram. Boleh pilih mana-mana item silver bar samada 250 gram, 500 gram, 1 kilogram atau 5 kilogram, asalkan cukup baki dalam Akaun Silver SAP tu.

 

Harga silver Public Gold melalui pembelian Akaun Silver SAP. Harga disemak setiap jam 12.00 malam setiap hari.

 

Apa yang penting, pembelian melalui Akaun Silver SAP ni disahkan patuh syariah oleh penasihat Shariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn Bhd yang diketuai oleh Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

_________

SOALAN: Apa item silver yang anda prefer beli , dan kenapa?

 

JAWAPAN: Semestinya 1 Kilobar silver, sebab spread sama sahaja dengan 5kilobar. Lebih ringan nak bawa balik dari office Public Gold  banding 5 kilobar. Selamat mencuba!

 

SOALAN: Sekarang Silver tengah sangat UNDERVALUE kan. Bila masa anda akan berhenti beli Silver?

 

JAWAPAN: Bila harga spot silver dah cecah RM4,600 per kilogram. (rujuk graf).

Graf Harga Spot Silver per kilogram dalam Ringgit Malaysia sejak 1996 sehingga 9 Jun 2020.

_______

 

Mudah-mudahan artikel ni dapat membantu bagi yang nak belajar tentang pelaburan silver yang selamat di Malaysia. InsyaAllah.

 

Sebarang persoalan tentang silver, boleh tinggalkan comments di bawah, atau WhatsApp saya di 0167771685 kalau urgent.

 

Last but not least, untuk ilmu emas berterusan sila join channel telegram rasmi saya, klik gambar bawah ini.

 

 

Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist
Kod Dealer: PG00084469
WA: 016-7771685|

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *