Assalamualaikum,
Semalam (1/10/2021) telah heboh dalam surat khabar dan media sosial berkenaan 3 orang mangsa yang kerugian RM120,000 kerana melabur di dalam skim cepat kaya bertopengkan emas. Berita lengkap
Kalau berita ini keluar tahun 2011 atau tahun 2012 ke… saya rasa ok lagi lah…
Tapi kalau tahun 2021 pun masih ada yang kena tipu dengan skim cepat kaya pelaburan emas… maka saya rasa sedikit pelik. Kenapa mereka tak join Telegram Channel Aldasir Rudy & belajar EMAS secara FREE kat sana.
Rugi RM120,000 nie bukanlah kecil sebab jumlahnya 6 angka. Gais, nak tahu skim cepat kaya nie senang ajer.. dia akan tawarkan pulangan tinggi dalam jangkamasa yang singkat (kurang seminggu, seminggu dan sebulan)
Dalam kes nie, mereka ditawarkan pulangan 3% sehingga 11% dalam MASA 3 HARI…
Nampak memang seronok!!.. 3 hari ajer boleh UNTUNG 11%.
Baca BOLEH, percaya JANGAN
Ini pula cerita tahun lepas Méi 2020 semasa dalam tempoh PKPB, kita semua dikejutkan lagi oleh berita tular berkenaan seorang pelajar universiti yang ditipu oleh skim pelaburan emas yang entah dari mana asal usul.
Walaupun dah ramai orang di Malaysia yang sudah terjerat oleh scammers sejak zaman Pak Man Telo, Skim emas ETA, Skim tok berlagak, skim emas Geneva dsb. Akan tetapi, masih ramai lagi yang keliru dengan modus operandi sesuatu skim itu sama ada yang betul ataupun aktiviti skim cepat kaya bertopengkan emas.
Tahun 2020, Bukit Aman telah sahkan yang Gold Trading Investment kini disahkan sebagai skim cepat lingkup.
Orang ramai masih lagi terjebak ekoran literasi kewangan yang masih ditahap yang rendah. Boleh baca artikel pembongkaran Astro Awani di link ini:
Saya sangat pegang kata-kata guru emas saya bahawa “Orang mudah kena scam apabila tiada ilmu yang betul tentang emas dan Public Gold.”
Public Gold pada hakikatnya bukan pelaburan. Public Gold cuma jual beli emas macam kedai emas je. Hulur duit dapat emas, hulur emas dapat duit. Tak ada apa-apa skim pulangan ditawarkan.
Untung rugi pelabur (belian emas 250gram dan keatas) emas fizikal berdasarkan pergerakan sebenar (REAL-TIME) harga emas dunia yang hakikatnya di luar kawalan Public Gold
Cuma Public Gold menyediakan platform terbaik untuk menyimpan kekayaan dalam bentuk emas.
1.Urusniaga telus
2.Senang beli
3.Senang jual
4.Kelebihan maksimum dengan dealership
Dan alhamdulillah, setelah saya menjadi registered customer Public Gold sejak 2016 sehingga sekarang, tidak pernah lagi beli emas tapi emasnya tidak dapat!
Syukur ya amat selepas upgrade menjadi Authorised Dealer dan meraih pelbagai kejayaan demi kejayaan yang tidak pernah terfikir mampu dicapai sebelum ini.
Berikut adalah senarai terkini syarikat yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi dan disyaki terlibat dengan jenayah penipuan:
KLIK: Scam Alert Watchlist Bank Negara Malaysia
Sebagai penyimpan emas tegar yang sudah berpengalaman 8 tahun terlibat dalam simpanan dan pelaburan emas. Saya senaraikan simptom-simptom awal sesuatu skim pelaburan emas untuk memudahkan anda mengenalpasti mana satu yang betul dan mana yang tipu.
-
Pelaburan emas sebenar TIDAK menawarkan sebarang pulangan bulanan.
-
Menawarkan pulangan yang LUAR BIASA besar.
-
Biasanya pelanggan terjerat disebabkan janji bulan dan bintang ini.
-
Setiap jongkong emas yang established mempunyai gold certificate oleh Certified Assayer (pengesah ketulenan emas).
-
Kebanyakan skim emas tidak handover emas fizikal kepada pelanggan. (Apabila skim berkubur, semua pelabur berputih mata. Duit bulanan tak dapat, emas lagi lah tak nampak!)
-
Banyak syarikat skim cepat lingkup mendakwa mereka menjalankan operasi di luar negara antaranya Dubai, Hong Kong, Singapura, Jerman, China. (Jika apa-apa terjadi kepada syarikat ini ehemm..ehemm.. dah telahpun TERJADI, adakah anda sanggup ke negara ini untuk mendapatkan kembali wang anda?)
Baik tuan puan, ulasan panjang mungkin kurang berkesan untuk meyakinkan anda yang telah terjebak. Saya lampirkan kisah yang telah terjadi kepada mangsa skim pelaburan emas untuk tatapan semua.
Mangsa pelaburan tidak mengenal anda siapa.. artis, youtuber, insta-famous hatta yang berjawatan profesional? Begitulah
Anda berminat nak beli dan simpan emas sambil melabur dalam diri sendiri?
Saya akan secara automatic rekemen anda beli di public gold melalui Introducer yang trusted & kacak (ehemmm) .
Cukup saya share 3 sijil ini sebagai proof.
Link Bacaan:
1. Kenapa pilih Public Gold, bukan ABC?
2. Cara beli emas serendah RM100.
Last but not least, untuk ilmu emas berterusan sila join channel telegram rasmi saya, klik gambar bawah ini.