UPDATED BY 12/01/2021
Berikutan situasi terkini Covid-19 di Malaysia, PG Group ingin memaklumkan bahawa kami amat komited terhadap kesihatan semua pemilik perniagaan PG (PGBO), pelanggan-pelanggan dan juga pekerja-pekerja kami.
Pertama sekali kepada semua PGBO, para pelanggan dan pekerja diminta untuk mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Sekiranya anda berasa tidak sihat, kami berharap agar anda boleh menjadualkan semula sebarang pertemuan dengan cawangan PG ke tarikh yang lebih sesuai.
Sebagai langkah berjaga-jaga, mulai 13 Jan 2021 setiap pelanggan dan PGBO adalah digalakkan untuk menggunakan kemudahan online untuk urusan tempahan dan belian produk. Dan juga kemudahan GIT (Gold in Transit) untuk poskan barang belian anda terus sampai ke rumah anda.
Sekiranya anda amat perlu kunjungi cawangan PG, anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum datang ke cawangan PG. Sila membuat temujanji di laman web terlebih dahulu sebelum anda datang.
https://www.picktime.com/publicgold
Kumpulan PG akan berusaha sedaya upaya untuk membantu semua PGBO dan pelanggan kami berurusan dengan lancar di dalam situasi Covid-19 ini.
Kami berharap semua PGBO, pelanggan dan pekerja PG akan selamat dan sejahtera di dalam mengharungi krisis Covid-19.
Terima kasih.