Manfaat-manfaat tukar duit tunai jadi duit emas

Ada banyak sebab kenapa ramai orang simpan emas, begitu juga dengan saya. Setiap orang pasti ada sebab dan alasan tersendiri.

Saya akui, saya telah gagal menabung dana kecemasan 3 bulan pendapatan dalam bentuk tunai walaupun selepas 2 tahun bekerja, akhirnya saya paksa diri menimba ilmu emas secara serius.

 

Sebab saya sudah pun simpan emas secara “main-main” pada awal karier saya sebagai Pegawai Perubatan. Masa itu masih belum “nampak” manfaat-manfaat tukar duit jadi emas.

Orang dulu² cakap, makin besar periuk makin besar keraknya

Syukur sebab masih sedar diri lahir daripada keluarga belum-kaya. Masa menimba ilmu emas, ada seorang mamat kacak ni, bagitahu semasa seminar.

 

Ubat duit bocor adalah simpan emas.

 

1-2 minggu tidur saya tidak lena. Asyik terngiang-ngiang ungkapan tadi.

Ubat duit bocor adalah simpan emas.

 

Rupa-rupanya selepas saya bertalaqqi dengan mentor & guru-guru emas di kaki gunung Kinabalu, membedah pelbagai buku kewangan & buku berkenaan emas.

 

Barulah saya faham yang keuntungan simpan emas bukan pada kenaikan harga semata-mata.

 

Sebenarnya, bukanlah emas menyebabkan kita kaya. Tapi disebabkan konsisten simpan emas, sama ada 1 Dinar sebulan atau 10 gram sebulan atau malah 1 gram sebulan.

 

Lihat contoh dibawah ini:

Harga 1 gram = RM270

Cukup setahun dah ada = 12 gram

Cukup 5 tahun = 60 gram

 

Nak ada 60 gram kita kena ada RM16,860.

Tapi sebab kita konsisten menyimpan dari 5 tahun yang lepas sebab itu la boleh ada simpanan 60 gram. Dan ini belum termasuk kenaikan harga emas lagi.

 

Di mana mungkin lagi 5 tahun nilai 60 gram anda sudah menjadi RM24,000+/- (Anggaran 1 gram RM400)

 

Lagi lama kita ‘peram emas’ ni lagi banyak la keuntungan simpanan kita!

 

Kalau perlu wang kita ada dua pilihan. Sama ada nak jual terus ke Public Gold atau gadaikan di Ar-Rahnu buat sementara waktu.

Nanti dah ada wang semula, kita tebus semula emas tu.

 

Saya kongsikan TIGA(3) kelebihan utama simpan emas: 

(1) Simpanan paksa dan lupa – Emas sebagai simpanan untuk dilupakan. Orang kampung saya cakap “Forgotten Saving”.

Simpan emas adalah cara yang sangat berkesan merawat masalah “poket bocor” dimana saya kerap terbelanja wang tunai kepada perkara yang tidak masuk kategori “benar-benar perlu”. .

Padan muka saya, kerja 2 tahun, tiada dana kecemasan.Haha.

Hakikatnya, bila saya beli emas bermaksud saya berjaya selamatkan duit gaji saya sebelum “terbelanja” baik baik. Bak kata pepatah yang paling terkenal zaman in ni.

 

Emas ni seronok bila disimpan elok-elok.

 

Duit pula seronok bila dibelanja “elok-elok”.

Ehemm ehemm

Online Shopping-spree

 

1 dinar emas @ 10 gram BungaMas yang anda simpan elok-elok , boleh guna untuk bayar shopping tak? 

Nampak ? Otak manusia tidak boleh kaitkan EMAS dengan belanja.

 

 

(2) NILAI JANGKA PANJANG TERJAMIN – Bila saya faham teori “1 dinar bersamaan 1 ekor kambing”, saya tak perlu risau lagi tentang inflasi, kejatuhan ringgit dan apa sahaja bencana ekonomi dan politik.

Emas nilai jangka panjangnya lebih terjamin berbanding simpan duit di bank.

1 dinar 1 kambing.

1 dinar terbukti mampu beli seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang. Kuasa belinya boleh dikatakan “kekal”. Tapi ada juga keadaan dimana kuasa beli emas boleh jadi meningkat sehingga 2 kali ganda!

 

 

(3) KEKAYAAN DI TANGAN SENDIRI – Emas dikatakan satu-satunya aset kewangan yang TIADA DALAM SISTEM KEWANGAN dan nilainya berdiri dengan sendiri.

TIADA sesiapa /mana-mana kerajaan boleh bekukan atau rampas kekayaan emas anda (jangan umum kat Facebook/ Instagram/ Twatter jumlah emas anda) itu hatta semasa anda jatuh bankrup sekalipun, ia masih milik anda.

Kalau duit kertas, nilainya terletak pada jaminan dan kekukuhan kerajaan. Pada bila-bila masa nilainya boleh hilang begitu sahaja.

 

 

Senang citer, beginilah semakin anda menambah ilmu emas anda, anda akan sedar kepada 3 perkara ini.

 

1) Tiada keperluan simpan emas sampai lemas. Jangan Abang kakak yang saya kasihi. Cukup sekadar 10% hingga 30% daripada nilai bersih harta anda.

Kalau tukar duit 100% jadi emas pula, nak bagi anak bini makan gold nugget? Bayar kereta pakai 10gram? Bayar yuran sekolah anak dengan dinar? Haha.

Simpanlah tunai sebagai Dana kecemasan 3-6 Bulan gaji. Kalau gagal macam saya, cepat-cepat simpan emas.

2)  Emas bukanlah EVERYTHING, tetapi ia adalah SOMETHING yang kita perlu pertimbangkan untuk dimasukkan dalam portfolio kewangan kita sebagaimana pesan Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan), at least 10% kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas.

 

3) Bila masa senang, perlu beringat bila masa susah kelak. Cukupkan Dana kecemasan 3-6 Bulan pendapatan sebagai Top priority. 

Sampai satu masa nanti bila anda kesempitan wang, tiada siapa yang boleh bantu anda dan keluarga selain simpanan diri sendiri, takaful(sakit kritikal/cacat kekal/meninggal dunia) & emas yang anda simpan elok-elok tadi.

 

“Kalau tahu ilmu emas ini sebelum kerja awal-awal dulu kan bagus” bisik hatiku sendiri mengenangkan masa lampau.

 

Barulah saya percaya yang ilmu kebaikan simpanan & pelaburan emas ini tidak pernah diajar di mana-mana universiti ataupun subjek ekonomi dan kewangan.

 

Saya berharap dengan menulis dapat membuka minda dan mata hati sahabat² pembaca akan untung simpanan emas.

 

Paling penting jadikan ia tabiat. Caranya dengan konsisten simpan minima 1 gram emas setiap Bulan.

 

Simpanan yang berkesan perlu dijadikan tabiat terlebih dahulu. Secara peribadi, simpanan 1 gram sebulan adalan kaedah terbaik membentuk tabiat menyimpan aset emas paling berkesan.

Kisah benar. 1 gram 1 bulan: saya, isteri & anak sudah mulakan sejak 2017.

Kami sekeluarga dan lebih 208 ribu pemnyimpan emas sudah mulakan!

Ada banyak lagi sebenarnya untung simpan emas ini. Boleh baca selebihnya di channel  https://t.me/DrAldasirRudy, silakan Klik & JOIN. FREE aje.

Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist
Penyimpan emas paling tegar
Kod Dealer: PG00084469
WA: 016-7771685 | Call: 010-5937999

Updated: 05/01/2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *