Baru saya tahu, hampir kesemua pakar kewangan bersetuju dengan satu perkara.
Asas untuk anda membina kekayaan bermula dengan menyimpan. Bacalah apa sahaja buku kewangan pun, semuanya senada dan seirama.
Mereka cakap anda kena wujudkan dana kecemasan 3 bulan gaji, 6 bulan gaji dan ada pakar yang sarankan anda simpan setahun gaji sebagai dana kecemasan.
Sahabat pembaca, itu baru simpanan untuk dana kecemasan. Belum masuk simpanan untuk pelaburan, percutian, pergi Mekah, pergi Umrah. Pergh! Jauh lagi perjalanan tu.
Apabila anda mempunyai simpanan yang banyak maka ia membuka lebih peluang untuk anda melabur dan menambah kekayaan.
Andai sahaja anda belum belajar ilmu emas. Apakah bentuk simpanan yang datang dalam otak anda?
Sudah tentu simpan duit bukan?
Salah satu kelebihan duit adalah keupayaannya untuk belikan anda apa sahaja yang anda inginkan – Sebenarnya, ini juga adalah kelemahan duit. Ia senang terguna, terbelanja, terpakai, terbagi kat orang pinjam. Dah bagi orang pinjam, terpaksa merayu nak dapatkan balik duit tu. Tak percaya? Cuba baca lirik lagu yang sedang viral kini.
“Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang..
Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu kemana”
Sebab itu guru saya cakap, simpan duit ni …
Cakap senang, buat susah.
Apa yang ada dalam buku tidak sama dengan apa yang kita buat. Apa sebabnya?
Sebab berseronok itu adalah fitrah manusia. Simpan duit untuk digunakan pada masa hadapan bunyinya macam boring.
Sahabat pembaca, inilah peranan emas. Untuk simpanan jangka panjang anda alihkan simpanan ke dalam bentuk emas. Bila anda tengok emas berketul-ketul depan mata, otak anda tiada rasa nak guna atau terbelanja.
Sebab otak manusia tidak boleh kaitkan emas dengan belanja.
Saya bagi satu contoh: Apa yang otak kita kaitkan dengan duit RM10,000? Wah! boleh beli itu dan ini. Lepas tu otak mula bagi suggestion “nak beli barang apa?” Selagi tak beli, jiwa kacau.
Bila anda tukar RM10,000 jadi sekeping jongkong emas 50 gram, apakah yang berlaku kat otak anda? Otak anda akan cakap emas ini cantik, mahal dan kena simpan elok-elok takut hilang.
Otak tak boleh kaitkan emas dengan berbelanja ataupun nak beli barang.
Itulah dia kenapa menyimpan emas lebih mudah daripada menyimpan duit. Sebab otak anda akan buat sifir seperti ini dalam minda separa sedar “emas = kena simpan elok-elok”.
InshaAllah kalau dah faham konsep ini maka mudahlah untuk anda membuat simpanan.
Jika anda orang baru. Mulakan dengan hanya 10% simpanan. Kalau ada simpanan tunai RM100,000, tukarkan RM10,000 jadi emas 999.9. Kalau ada RM10,000, tukarkan RM1,000 jadi emas.
Lagi mudah sekarang dengan GAP, anda boleh MULA simpanan emas 999.9 dengan hanya RM100. Murah aje kan?
Ya! 10% sahaja duit anda ditukar dalam bentuk emas. Bila dah dapat rentak dan keserasian, barulah tambah peratusan simpanan emas ikut kesukaan anda. Kalau nak boleh aje mula 5%, lepas itu naikkan ke 10% kemudian naik lagi 15% sampai maksimum 30%. Perlahan-lahan kayuh macam saya dan lagi 208k penyimpan emas Public Gold.
Emas sangat-sangat memberi kesan EMOSI kepada penyimpannya.
Antara kesan emosi yang dirasai ialah sayang dan takut.
Emosi sayang (ketat-ketat) wujud bila nak jual emas yang dah disimpan lama. Terasa rugi bila jual semula emas tu.
Sebab itu emas dikatakan sebagai alat yang dapat mengawal emosi yang suka berbelanja. Emosi takut datang bila emas ada dalam simpanan. Mesti nak dijaga rapi takut hilang kena curi.
Jika takut nak simpan emas, ada kaedah mudah yang disediakan oleh Public Gold iaitu simpan emas melalui akaun simpanan emas GAP.
Sekarang beli pakai online banking aje! (Maybank2u, CIMBclicks, Public Bank Online, RHB Now etc.)
Secara ringkasnya, kalau ada duit gaji/bonus/untung niaga/menang hadiah wang tunai dan lain-lain duit yang dapat tu daripada terbelanja dan tidak pandai melabur mana-mana instrumen kewangan,; 1000X lebih baik tukarkan kepada emas. Selamatkan nilai duit anda.
Selamat mencuba.
Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist
Penyimpan emas paling tegar
Authorised Dealer Public Gold
Kod Dealer: PG00084469
WA: 016-7771685 | Call: 010-5937999