Ia antara soalan yang paling kerap ditanya,
Yang mana lebih baik, simpanan emas fizikal atau akaun simpanan?
Penjelasan mudah: Bergantung dengan bajet anda. Asalkan sudah mula dah cukup baik.
Apa Itu Simpanan Emas Fizikal?
Pembelian emas dalam bentuk gold coin atau gold bar dan disimpan sama ada di rumah sendiri atau dalam Safe Deposit Box (SDB), perkhidmatan yang disediakan oleh pihak swasta dan bank-bank.
Beli fizikal di Public Gold jika kita ada bajet yang cukup. Lihat harganya disini:
1)Lebih berat gram emas, maka lebih rendah harga per gram, lebih senyuman.
2)Lebih berat gram emas, maka lebih rendah spread bila nak jual semula, lebih untung.
Ini pula spread emas Public Gold:
Di Public Gold, anda boleh beli emas fizikal jenis small bars/wafer serendah 0.5 gram untuk tujuan hadiah/gift. Tapi saya tak rekemen small bars (0.5gram, 1gram, ½ dinar dan 5gram) sebab harga per gram dan spread terlampau tinggi.
Kalau nak beli emas fizikal untuk tujuan simpanan, paling kecil yang berbaloi dan saya rekemen adalah 1 dinar.
Cadangan: Kalau bajet bawah 1 dinar, saya rekemen buka akaun simpanan emas di Public Gold , atau lebih dikenali sebagai Gold Accumulation Program (GAP)
Apa Itu Akaun Simpanan Emas?
Akaun GAP = Gold Accumulation Program. Konsep dia macam bank, tapi instead of simpan duit, kita simpan gram emas. Tiap kali anda buat pembelian akaun emas, setiap RM anda akan terus convert kepada gram pada harga belian tarikh tersebut. Dan akan dikumpul secara akumulasi.
Ia akaun emas yang disahkan patuh syariah (dipantau oleh Amanie Advidors Sdn Bhd), maksudnya Public Gold kena pastikan setiap gram dalam GAP tu ada fizikalnya (backed by physical gold).
Bajet kecil tapi berterusan.
Contoh RM100 setiap bulan. Harga per gram sama walaupun beli banyak. Sesuai jika korang tak berani simpan sendiri di rumah. Yuran simpanan adalah percuma!
Bolehkah saya nak beli 1 dinar tapi bajet masih belum sampai nak beli fizikal 1 Dinar (full payment/ EPP4)?
Jawapan: BOLEH!. Kumpul emas serendah RM100 setiap kali beli di akaun emas, cukup 5.25gram anda boleh keluarkan seketul satu dinar dan diposkan terus ke rumah anda melalui GAP GIT Withdrawal.
5 Perbezaan Belian Retail Emas Fizikal vs Akaun Simpanan Emas
Sekarang kita dah faham maksud simpanan emas fizikal dan akaun simpanan. Mana lebih baik, jom bandingkan.
Emas Fizikal Public Gold (Retail full payment / Shariah EPP):
- Harga dikemaskini setiap 20 minit.
- MinimaRM300+- boleh mula 1dinar EPP4.
- Emas simpan sendiri, simpan tempat anda selesa.
- Sesuai jika bajet besar, rekomen minimum 1 dinar. Small bars tak recommended sebab harga per gram tinggi.
- Pilihan cara bayaran iaitu bayaran penuh, Shariah EPP4 atau Shariah EPP10.
Akaun Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold:
- Harga dikemaskini sekali sehari pada jam 12 tengah malam.
- Minima RM100 boleh mula terus
- Emas simpan dalam bentuk akaun, PG simpankan untuk anda
- Sesuai bajet kecil, boleh simpan menabung sikit-sikit serendah RM100
- Tiada komitmen bayaran setiap bulan. Sendiri yang decide bila dan berapa banyak nak beli.
Seorang yang beragama Islam dan simpanan emas kita mencapai 85 gram serta melepasi tempoh masa 12 bulan atau setahun (cukup haul), maka wajib dikeluarkan zakat keatasnya sebanyak 2.5 peratus (%).
Baca: Zakat Emas yang ramai belum tahu.
Semoga bermanfaat!
Last but not least, untuk ilmu emas berterusan sila join channel telegram rasmi saya, klik gambar bawah ini.
Disediakan oleh,
Aldasir Bin Rudy M.D.
Star Master Dealer Kesayangan Malaysia