Apa aku perlu tahu sebelum mula beli dan simpan emas?

celik-emas

“Public Gold ada kaitan dengan Public Bank ke Aldasir?”

Di sini saya akan berkongsi soalan-soalan lazim untuk menjawab kerisauan individu yang baru ingin mula beli emas sebagai pelindung harta dan mengelak kebocoran wang ringgit.

 

Soal jawab mengenai emas public gold ini adalah himpunan soalan daripada pengalaman sendiri yang sering di tanya oleh pelabur emas sebelum membeli emas jenama Public gold.

HQ Public Gold terletak di Bayan Baru, Pulau Pinang.
Penulis bersama sahabat kacak jelitawan

 

Apa itu Public Gold?

Public Gold ni “kedai emas” macam Tomei dan Habib Jewel. Bezanya jenis emas dijual iaitu jongkong dan dinar. Khusus untuk simpanan dan pelaburan.

Harga lebih murah dan susut harga @ spread lebih rendah berbanding barang kemas. Kalau nak berhias, beli barang kemas. Tapi nak saving beli jongkong emas.

 

Antara soalan-soalan lazim mengenai emas public gold yang selalu ditanya adalah seperti berikut :

Apakah Public Gold ada kaitannya dengan Public Bank ?

Public Gold tiada kena mengena dengan Public Bank atau mana-mana bank. Public gold adalah syarikat jual beli emas dan berstatus pengeluar emas fizikal pertama di Malaysia yang mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Alhamdulillah. Legit gais!

Public Gold adalah syarikat tempatan pertama yang mempunyai kilang emas sendiri dan mengeluarkan sendiri emas dan perak bersijil ketulenan yang disahkan oleh “Certified Assayer” dan dijual terus kepada pengguna pada harga pasaran antarabangsa 24jam sehari.

 

Produk yang dikeluarkan dan dijual oleh public gold terdiri daripada jongkong emas ( gold bar ), emas dinar (gold coin), jongkong perak, dirham, barang kemas dan terkini platform e-dagang PG Mall.

The Grand Opening of HQ Public Gold Corporate Office at Bayan Lepas, Penang officially launched by Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah on 15th March 2012

 

Apakah emas yang terbaik untuk di beli?

Jenis emas yang terbaik untuk di beli ialah jenis emas yang lebih berat dan spread yang lebih rendah. Sebagai contoh jika ditanya beli 100 gram emas sekeping atau 10 gram sebanyak 10 keping?

 

Saya akan jawab 100 gram emas sekeping lebih bagus kerana dua sebab:

1.Harga per gram lebih murah

2.Spread lebih kecil.

Semakin berat emas, semakin kecil spread, semakin bagus.

 

Kenapa harga emas Public Gold jauh lebih murah?

Salah satu sebab kenapa saya pilih item emas keluaran Public Gold untuk simpanan dan pelaburan ialah kerana harga emas Public Gold lebih murah kalau nak banding dengan harga di kedai-kedai emas terkemuka.

 

Bahkan, harga Public Gold pun lagi murah dari harga ahli sesetengah syarikat emas. Sedangkan jadi ahli Public Gold ni percuma je.

(1) Beli emas serendah RM100

(2)Dapat miliki emas +  percuma keahlian

(3) Dapat lagi Add-on free gift buku Travelog Emas  berharga RM24( buku anda ni FREE shipping) plus lifetime gold-assist-24/7 (bermaksud anda boleh tanya berkenaan emas setiap masa)

 

Kalau tak percaya, Public Gold antara yang termurah di pasaran, cubalah jalan-jalan survey harga di kedai emas. Survey jugak harga-harga di internet. Kemudian bandingkan dengan harga Public Gold. Harga resit akhir selepas dapat emas fizikal di tangan ya, bukan harga awal.

 

Keuntungan dalam pembelian mana-mana aset seperti hartanah dsb. tu terasa bila kita pilih aset yang harganya lebih murah dari harga pasaran, sebab lagi banyak aset kita boleh beli dan simpan dengan bajet yang sama.

 

Begitulah juga dengan emas. “Why pay more?”

  • Nota: Harga emas fizikal Public Gold dikemaskini setiap 20 minit ikut pergerakan semasa harga emas dunia.

 

Dimana nak jual balik Emas Public Gold? Kedai terima tak?

Secara asas emas public gold mempunyai kredibiliti tinggi dengan pengiktirafan LBMA/certified Assayer dan ianya laku dijual di mana-mana negara di dunia.

 

Boleh je kalau nak jual di kedai emas. Namun untuk mendapat keuntungan yang lebih, emas hendaklah di jual pada syarikat yang sama kita beli emas untuk mengelakkan potongan harga atau spread yang lebih merugikan kita.

 

Contohnya, emas di kedai-kedai emas  membeli emas Public Gold dengan potongan/spread lebih dari 20% dari harga semasa. Malahan, barang kemas yang dibeli dari kedai sama tempat beli pun tolak lebih dari 30% dari harga semasa.

 

Jadi tindakan bijak menyimpan atau melabur emas adalah membeli emas dari syarikat emas yang besar dan kukuh seperti Public gold untuk menjual semula pada syarikat yang sama untuk mengelak kerugian akibat potongan harga atau spread.

 

Kredibiliti Public Gold, boleh percaya ke?

 

Bagaimana cara sahkan ketulenan emas Public Gold ?

Ketulenan emas Public Gold disahkan melalui gold certificate atau sijil yang disertakan bersama setiap produk emas. Di setiap cawangan public gold telah di sediakan alat penguji ketulenan emas.

Emas di attach sekali dengan sijil ketulenan emas.

 

Public gold di tubuhkan pada tahun 2008 dan telah mempunyai lebih 230,000 pelanggan dan dealer berdaftar dan membuktikan bahawa emas Public Gold sememangnya high class dan diyakini umum.

 

Di mana mahu simpan emas yang di beli ?

Emas yang di beli dalam kuantiti yang kecil boleh di simpan sendiri di mana-mana pun yang kita percaya selamat kerana emas adalah kecil dan mudah di sorok. Dengan Public Gold, jika risau tentang keselamatan anda boleh gunakan akaun emas GAP dan yuran simpanan adalah percuma.

 

Jika nak simpan sendiri emas tu, saya cadangkan anda sewa Safe Deposit Box yang ditawarkan oleh bank-bank atau syarikat safe deposit box. Sehari cuma sekitar RM1 untuk medium size box. Sewa bulanan, tahunan atau boleh pilih pakej yang disediakan.

 

Kalau yang baru mula 10 gram tu, janganlah sewa box pulak ye simpan je elok² kat tempat yang anda yakin selamat. Nanti dah banyak kelak baru buka sewa box

Contoh Safety Deposit Box
Serendah RM295/ tahun
Contoh Safety Deposit Box

 

Bagaimana jika syarikat Public Gold ditutup masa akan datang?

Di Public Gold, emas itu akan diserahkan dan berada di tangan anda. Konsep sebijik seperti kedai emas, beli emas dapat emas. Emas adalah emas dan sentiasa bernilai, jika syarikat Public Gold ditutup, anda boleh menjual emas public gold di mana sahaja kerana emas laku seluruh dunia. Kalau dalam akaun emas GAP, anda boleh redeem keluarkan habis emas GAP anda.

 

 

Emas Public Gold diterima gadaian di Ar-rahnu ?

Semestinya. Diterima tanpa was-was. Ar-rahnu Brunei pun terima baik produk jongkong Public Gold tahu!

Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) pun terima gadaian Public Gold tanpa sebarang prejudis gais.

 

Apakah kelebihan apabila menjadi pengedar/Dealer/Agen emas Public Gold ?

Banyak kebaikan, kelebihan serta peluang menjana pendapatan dengan menjadi pengedar emas atau dealer public gold. Klik Kalaulah saya seorang Dealer Public Gold

 

Bagaimana cara mudah membeli emas, menjadi customer atau menjadi dealer Public Gold ?

Tahniah, selangkah dah nak mula portfolio simpanan emas. Sebelum tu boleh berikan 3 maklumat dibawah ini:

1. Tujuan simpan emas

2. Berapa gram target nak capai

3. Bajet dalam RM

Mudah sikit saya bagi cadangan produk apa yang sesuai. Dan saya akan berikan bacaan 5 minit untuk faham apa produk Public Gold yang sesuai dengan matlamat anda. 

 

Bila anda dah ready nak beli nanti, terus register & bukalah akaun emas bermula RM100 di link dibawah ini saya akan terima notification daripada Public Gold untuk bimbing anda step a-to-z

Daftar Sebagai Pelanggan Public Gold

Daftar Sebagai Pelanggan Public Gold

Daftar Sebagai Pelanggan Public Gold

 

Begitulah. Kalau berjaya baca sampai perenggan ni saya ucapkan tahniah dan jangan lupa whatsapp saya say “hi”. Hihi.

 

Disediakan oleh,

Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist
Penyimpan emas paling tegar
Authorised Master Dealer Public Gold
Kod Introducer: PG00084469
WA: 016-7771685 | Call: 010-5937999

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *