Cara Membeli Emas 999.9 GAP di Public Gold

Bagi sesiapa nak beli GAP untuk KALI PERTAMA, ini langkahnya:

#1 – Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold

Masukkan / transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini RM217, maka masukkan duit genap-genap RM217.

Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM434 (RM217 x 2 gram). GAP adalah fleksibel, anda boleh juga buat belian minimum RM100. Tetapi saya syorkan lebih baik genapkan mengikut gram. Mudah nak ingat.

*Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada setiap jam 12.00 malam.

Masukkan / transfer duit ke mana-mana akaun atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD” seperti berikut:

  • 5571 3923 8048 (Maybank)
  • 3167 52 0833 (Public Bank)

Dapatkan bukti slip pembayaran anda dalam bentuk resit PDF ataupun screenshot  yang jelas mengandungi maklumat penting seperti nama Bank, tarikh dan masa pembayaran, jumlah bayaran, dan status pembayaran yang “successful”.

#2 – Isikan Maklumat Pembelian

Isikan maklumat pembelian pertama anda di bit.ly/PGNewCustomer . Kemudian hantar maklumat pembelian ringkas anda  ke 012-5209916 (no telefon staff PG bahagian GAP). Ikut format yang saya tunjuk ni. Ikut contoh format ni. Attachkan sekali slip bayaran supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Pembayaran guna online banking paling baik.

KALAU ANDA TAK PAKAI WASSAP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian.

Kalau anda nak letak saya sebagai introducer, cc kan email tu kepada admin@aldasir.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold nanti.

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, pastikan letak nama saya sebagai introducer kalau mahukan bimbingan peribadi daripada saya. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.

Untuk telak nama saya sebagai INTRODUCER, kod saya PG00084469, Aldasir Bin Rudy. Lepas pembelian, boleh wassap kepada saya +60167771685 sebagai makluman.

Saya akan berikan NEXT STEP menjana keuntungan maksimum sebagai penyimpan emas Public Gold. Ada pdf panduan menyimpan dengan konsisten.

#3 – Semak GAP Statement

  • PG akan emailkan “username” dan “temporary password” untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my.
  • Kalau tak terima juga email itu lepas semak dalam SPAMBOX, beritahu/whatsapp saya untuk saya follow up dengan PG.

Ini contoh GAP Web Statement(pilih Classic Site) yang boleh disemak di website Public Gold. Lepas belian, Public Gold akan berikan Username. Lepas dapat username, gunakan no. IC 12 digit sebagai Password.

Kalau nak reset password, pergi ke website Public Gold > Login > Forgot Password.

#4 – Pengeluaran Emas Fizikal

Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila dan tanpa sebarang caj (ianya percuma). Kalau nak simpan sendiri, boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa.

Untuk keluarkan emas fizikal, begini prosedurnya:

  • Hubungi staff Public Gold di cawangan berhampiran.
  • Maklumkan PG code anda dan hasrat nak buat pengeluaran emas fizikal dari akaun GAP misalnya 10 gram.
  • Kemudian staff Public Gold akan maklumkan bayaran premium caj dan masa pengambilan emas.

 

Premium Caj Public Gold. Ini senarai caj premium atas setiap keping emas fizikal yang dikeluarkan. Cajnya mengikut setiap item yang dikeluarkan, bukan mengikut gram. Dulu, caj premium ini dinamakan “Transportation Cost”. Ia kos penghantaran dari Pusat Simpanan Public Safe ke cawangan terdekat dengan kita untuk setiap keping emas / silver yang kita beli.

Berdasarkan caj dalam jadual di atas, kalau keluarkan gold bar 1 gram sebanyak 10 keping, maka cajnya RM10 x 10 keping = RM100. Kalau keluarkan gold bar 10 gram sekeping, maka cajnya cuma RM15 x 1 keping = RM15. Lagi berat saiz emas yang dipilih, caj premium lebih murah.

Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok / item yang kita nak tu.

Antara item gold bar yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti termasuklah gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram. Item paling besar cuma 1kilogram sahaja.
Gambar sebenar 1 kilogram emas. Ada 2 ketul.
Anda boleh juga keluarkan dalam bentuk dinar; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram.
Gambar depan Dinar
Gambar belakang Dinar

Boleh juga pilih pelbagai design gold bar 1 gram. Public Gold sentiasa keluarkan design yang baru dari semasa ke semasa. Untuk lihat design terkini emas Public Gold, KLIK DI SINI.

Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Kalau ada sebagai persoalan lanjut, boleh contact saya 016-7771685 (WhatsApp). InsyaAllah saya boleh bimbing jalan yang betul. Dan baca juga artikel berkaitan untuk faham lebih lanjut tentang GAP.

Terma dan syarat GAP boleh baca disini.

Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist
Penyimpan emas paling tegar
Authorised Dealer Public Gold
Kod Dealer: PG00084469
WA: 016-7771685| Call: 010-5937999

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *