Emas | Disebalik fakta yang tak diajar di sekolah

“Aldasir, selalu aku tengok posting ko di facebook tentang emas. Boleh cerita sikit dengan aku? Mana tahu aku berminat nak beli sedikit.”

Tanya Ahadi (bukan nama sebenar) kepada aku masa tengah tunggu penerbangan pulang dari Kota Kinabalu ke Tawau.

“Sebenarnya ramai orang tak tahu, wang kertas bukanlah penyimpan nilai. Fungsi wang kertas sebenarnya alat pertukaran dari seorang pembeli kepada penjual.

Ko tahu kan nilai RM1,000 hari ni dengan RM1,000 tahun 1990 tak sama kuasa beli?”

Jawabku perlahan.

“Aah, mestilah RM1,000 tahun 1990 lebih besar. Banyak barang boleh dibeli masa tu. Penuh satu troli untuk kegunaan 6 bulan! Sekarang ni RM1,000 mungkin cukup untuk 3 bulan je.” jawab Ahadi dengan penuh keyakinan.

“Ok, dalam masa 5 tahun akan datang ko rasa nilai RM1,000 semakin besar atau makin kecil?”

Soalan kedua aku lontarkan bagi menguji kefahamannya tentang nilai duit.

“Mesti la RM1,000 makin kecil kuasa beli nya. Entah apa dapat dibeli dengan RM1,000 waktu tu nanti.”

“Eh, ko yakin ko pasti dengan jawapan ko ke? Kalau ada orang bagitau 5 tahun akan datang nilai RM1,000 akan dapat jadi kuat seperti zaman mak bapak kita tahun 80-an ko percaya tak?”

Satu lagi soalan menguji Ahadi.

“Setakat ni, tak pernah lagi aku dengar mana-mana pemimpin di dunia yang kata harga barang akan jadi lebih murah. Kalau ada, mesti dah kena viral di facebook selama ni. Haha!”

“Sebab tu orang tukar sebahagian dari simpanan tunai kepada asset emas fizikal. Bukannya kami tukar 100% jadi emas fizikal. Habis tu nanti nak beli nasi lemak, takkan nak pakai Dinar Emas.”

Jawabku lagi dengan cara paling asas untuk fahamkan mengapa orang beli emas.

“Baik Dasir, sekarang aku dah faham. Tapi berapa gram emas perlu aku beli? Ada tak cara simpanan yang paling mudah aku buat. Ko tahu lah kan, ekonomi sekarang tak berapa bagus. Aku mampu simpan RM200 je sebulan.”

“Sekarang mudah je nak simpan emas dengan Public Gold. Sebenarnya kita dah boleh tukar duit jadi emas serendah RM100 dalam Gold Accumulation Program (GAP).

Terpulang lah ko nak simpan berapa banyak dan bila ko nak bank in. Yang pasti, tiap kali ko beli emas, gram emas ko akan bertambah. Nanti dah banyak gram misalnya 10 gram, ko boleh keluarkan dalam bentuk emas fizikal.”

“Ish, best juga macam ni. Tak pernah terfikir aku dapat beli emas semurah tu. Boleh tak aku buat simpanan akaun emas GAP untuk anak-anak? Umur anak aku baru 4 bulan.”

“Boleh. Umur anak ko 7 hari pun dah boleh mula simpan emas akaun GAP. Yang penting ko ada no myKid tu je. Simpan lah sikit-sikit jadi dana simpanan mereka.”

“Kalau macam tu ok, aku nak buka akaun GAP untuk empat orang sekaligus. Aku, isteri, anak-anak 2 orang. Sebelum tu, cara beli emas akaun ni patuh syariah ke tak?”

Akaun GAP Public Gold telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors. Panel syariah yang sama untuk Bank Negara Malaysia, Bursa Saham Malaysia, World Gold Council dan Singapore Exchange. Paling penting, akaun emas tu mesti di sandarkan dengan kewujudan emas fizikal.

“Ok faham dah. Bagi aku cara buka akaun GAP sekarang. Aku bank in sekarang. Nanti bertangguh pula benda yang sangat baik ni”

“Ko bagi nama penuh, alamat email (individu tak boleh kongsi), dan nombor telefon. Untuk anak-anak, ko bagi tambahan maklumat penjaga je. Introducer name, ko letak nama aku.

Ko buat pembayaran ke akaun Public Gold, snapshot gambar resit dengan jelas dan hantar ke nombor telefon whatsapp aku. Tu je.”

“Ok Dasir, aku buat sekarang. Terima kasih kerana sudi luang masa untuk bagi aku faham. Dah lama nak tanya, tapi tak tahu nak tanya apa.”

Pelaburan emas ini mudah sahaja. Yang susah jadi pelabur emas yang baik & kacak (ehem ehem).

Sama-sama bro. Rezeki dari Allah SWT, kalau belum sampai masanya, pintu hati belum lagi terbuka nak tanya. Alhamdulillah!

Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist
Penyimpan emas paling tegar
Authorised Dealer Public Gold
Kod Dealer: PG00084469
WA: 016-7771685 | Call: 010-5937999

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *