KUALA LUMPUR: Persatuan Emas Malaysia (MGA) telah menganjurkan Persidangan Emas Malaysia 2023 yang pertama di negara di Hotel Pavillion di sini, baru-baru ini.
Ia dihadiri oleh Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia Bulat Sugurbayev, Datuk Wira Louis Ng selaku Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Public Gold Group yang juga merupakan Presiden MGA bersama Datuk Chiah Hock Yew, Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Perniagaan Emas dan Permata Malaysia.
Dengan matlamat berkongsi dengan pemain industri emas tempatan mengenai pasaran emas global semasa, prospek emas untuk tahun 2023 serta trend pasaran membabitkan emas dalam pelbagai bentuk, persidangan tersebut diadakan untuk membawa industri emas tempatan ke tahap yang lebih tinggi, melalui perbincangan oleh veteran emas tempatan dan asing.
Penceramah utama yang menyertai persidangan tersebut ialah Chirag Sheth, Perunding Utama dari London Metals Focus dan Albert Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif Kehormat Singapore Bullion Market Association.
Kami mahu menjadikan Persidangan Emas Malaysia acara yang bermakna untuk semua pemain industri emas di Malaysia.
Justeru, selain mengadakan perbincangan berkaitan logam fizikal yang berharga dan prospeknya, kami juga melibatkan pembentangan derivatif emas oleh Bursa Malaysia Derivatives kali ini, merangkumi semua aspek emas di Malaysia,"
Public Gold yang merupakan penaja utama untuk acara tersebut juga telah melancarkan Malaysia Gold ATM mereka sendiri.
Mesin berkenaan membolehkan pengguna membeli jongkong emas fizikal (dengan ketulenan 999.9) dalam lingkungan sehingga lima gram bagi setiap jongkong.
Emas di mesin ini menampilkan pelbagai reka bentuk antaranya dari Disney, Marvel Studios, Warner Bros, Juventus, Garfield, Ejen Ali dan Monsta. Ia beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Kami di Public Gold sentiasa menjadi inovator dan kami sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan pasaran.
Selaras dengan slogan jenama kami, 'Ultimate Wealth Protector', kami mahu menggalakkan lebih ramai penduduk tempatan untuk menyimpan logam fizikal yang berharga sebagai cara untuk melindungi kekayaan mereka.
Menyimpan emas fizikal adalah cara terbaik untuk lindungi nilai terhadap inflasi. Dengan keadaan ekonomi semasa di Malaysia, rakyat tempatan harus pertimbangkan untuk menyimpan emas fizikal untuk menjaga kekayaan sedia ada mereka.
"Oleh itu, kami berasa ini adalah masa yang sesuai untuk melancarkan Malaysia Gold ATM kami sendiri untuk memudahkan pembelian emas,"
Last but not least, untuk ilmu emas berterusan sila join channel telegram rasmi saya, klik gambar bawah ini