Sebentar tadi singgah makan di restoran seafood bandar Tawau ini. Ini restoran kegemaran isteri saya sebab sangat sedap masakan selain menu seafoodnya yang pelbagai , jarang out of stock dan servis yang memang pantas.
Bersama kami ada sebuah keluarga lain, sepasang suami isteri dan 3 orang anak dan seorang perempuan yang dewasa.
Keasyikan anak-anak ini bermain di atas kerusi meriahkan suasana. Ditambah lagi dengan anakku Alfatih yang sesekali menarik lengan aku menunjukkan hasil tangkapan nya “memancing” ketam dan ikan mainan. Tempat ini agak luas, anak-anak boleh berlari berkejaran.
Sedang isteriku dengan pantas pesan makanan. Terasa kesegaran pengudaraan disini. Ruang restoran yang luas dilengkapi dengan pencahayaan yang redup. Tandasnya ada 4 buah. Ruangnya juga selesa. Siap ada ruang solat disediakan.
Order makanan jam 5.45pm. Makanan sudah mula dihidangkan bermula 6.00pm. Kami makan berenam termasuk Alfatih, amanah Allah paling utama kami yang berusia 3 tahun 3 bulan.
Jom tengok menu makan malam yang isteri saya order.

Ketam yang digunakan adalah ketam surih dan rasa Kam Hiong ketam ini memang sangat berbeza dengan kedai makan seafood yang lain area Tawau. Lebih sedap!

Kami suami isteri memang penggemar kerang daripada yang kecil hingga saiz besar. Masakan kupang disini agak biasa sahaja.

Sayur wajib kalau makan seafood. Ikan masin yang kurang masin, sekadar cukup untuk membuat kita nak tambah nasi. Fuh! tambah jangan tak tambah.

Ini memang juadah yang superb kalau makan disini. Udangnya BESAR weyh. Haha. Kalau tempat lain memang MAHAL udang masak butter saiz begini. Lihat sahaja gambar ini buat air liur mula naik.

Jangan tertipu oleh gambar, nampak sahaja gorengan terlebih garing bahagian luarnya. Sebenarnya ia lembut dan juicy pada kesemua bahagian. Isi ikan bahagian kepalanya Ya Ampuun. Nak lagi….haha.
Ok next week.
Sotong goreng tepung yang awesome (Tidak sempat snap gambar sebab dah mula makan, Haha. Paling cepat habis sebab masakan yang MasyaaAllah sangat sedap!
Kalau nak tahu kesemua belanja hangus untuk 6 orang sekeluarga disini hanya RM166 dan beberapa sen sahaja. Kalau dengan menunya yang awesome tadi, tidak salah kalau tempat makan ini dianggap HALAL SEAFOOD RESTAURANT paling sedap di Tawau.
Kalau korang nak cuba, ini alamatnya ;
SRI TITINGAN, TB 3638
Wisma Jln Ho, Town Estn II, Jalan St Patrick Tawau,
Tawau, Sabah.
Phone: 089-778311 (Kaunter), +6017-8281103 (Mobile)

**Eh rupa-rupanya ada 2 premis, kalau di sini penuh boleh ke restoran lagi satu di bahagian Apas.

Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist
Beli bahagia dengan makanan laut heaven
Penyimpan emas paling tegar
Authorised Dealer Public Gold
Kod Dealer: PG00084469
WA: 016-7771685|
Comments
sangat menarik review nya tuan.. kami memang suka singgah makan sini kalau outstation ke tawau
Author
Kan En. Mus.. En suka order apa kalau makan sini