5 Points jewelleries tidak masuk kategori emas pelaburan.

Poin [1] – Harga Lebih Mahal

Harga barang kemas lebih tinggi berbanding emas pelaburan sebab harga di kedai emas mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia (FGJAM).

Jika harga emas dunia naik tinggi, Persatuan Kedai Emas kata naik maka harga akan naik. Tapi jika harga emas turun, jarang benar kedai emas ikut turun.

 

Harga  retail emas Public Gold pula dikemaskini setiap 20 minit ikut pergerakan semasa harga emas dunia.

 

Sehari harga dikemaskini 72 kali!

 

Kalau anda nak kira penjimatan beli sekilogram emas, jimat hampir RM40,000 kalau beli di Public Gold!

Contoh emas jenis Pelaburan

 

Poin [2] – Spread Lebih Tinggi

Ini masalah paling utama jika sebut tentang barang kemas. Spread ataupun selisih harga barang kemas jauh lebih tinggi berbanding spread emas pelaburan (dalam bentuk jongkong atau koin/dinar emas).

 

Spread/ susut harga /selisih harga barang kemas biasa sekitar 25%. Kadang-kadang disesetengah tempat mencecah sampai 40%! 

Kalau di Brunei Darussalam, ada spread barang kemas cecah 50%!

 

Sedangkan spread jongkong emas Public Gold cuma dari 9% hingga 6% sahaja. (T&C)

Jadual spread Public Gold.

 

Maksudnya, kalau harga emas naik 25%, pembeli barang kemas baru dapat balik modal sedangkan pembeli jongkong emas dah boleh dapat untung 17% (25% – 8%)!

 

Oh ya, jika anda kehilangan resit belian di kedai maka kedai emas biasanya akan tolak ekstra lagi. Entah apa kaitan resit dengan emas tu.

Beza barang kemas (Jewelleries) dengan jongkong emas.

 

Poin [3] – Terpaksa Tanggung Kos Upah yang tinggi (Workmanship) + GST/SST

Beli barang kemas kena bayar sekali caj tambahan iaitu “kos upah” atau “workmanship cost”.

 

Upah ni bergantung pada reka bentuk barang kemas. Makin sukar reka bentuk barang kemas tu, makin mahal la upahnya. Begitulah.

 

Lagi satu, kos upah ni juga bergantung pada pekedai emas. Jadi ianya terdedah pada manipulasi harga. Kalau harga emas tengah rendah, pekedai boleh je naikkan kos upah untuk tambah keuntungan dia.

 

Jadi walaupun harga emas tengah rendah, anda akan tetap bayar dengan harga yang mahal. Ada pekedai yang serap kos upah masuk terus dalam harga per gram, lebih simple katanya pembeli tak perlu fikir kos upah dll. Kos upah ada je sebenarnya, cuma dah serap masuk harga per gram. #DoTheMath

 

Poin [4] – Pergerakan Harga Slow

Harga barang kemas ni agak ‘statik’. Biasanya, kalau harga emas dunia naik, harga barang kemas laju je ikut naik! Tapi kalau harga emas dunia tengah turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa bulan.

 

Berbeza dengan emas pelaburan macam Public Gold, harga dikemaskini setiap 20 minit mengikut “real-time” pergerakan harga emas dunia! Bermaksud harga emas public gold di website www.publicgold.com.my

 

Harga retail (Outright Purchase/ Shariah Easy Payment Purchase) adalah LIVE-Pricing, setiap item emas & silvernya ada COUNTDOWN setiap 20 minit, cuba cek sendiri.

 

Kalau harga emas turun tengah malam, anda boleh borong harga murah. Tak perlu tunggu kedai bukak, beli online pun boleh.

 

[5] – Risiko Rosak Tinggi

Sesetengah barang kemas, reka bentuknya nipis. Ada jugak yang halus dan berlubang. Maka risiko untuk putus, bengkok, kemek dan patah pun tinggi. Bila dah rosak, barang kemas tu pun dah tak boleh nak dipakai.

 

Terpaksa bawa pergi kedai emas untuk repair, jual terus atau trade in emas lain. Tak pasal-pasal kena tanggung rugi spread 25% (jual), 15-20%(trade-in) atau buang RM lagi untuk kos repair . Belum cerita lagi yang terbeli emas putih untuk pelaburan! Tepuk dahi.

Jadi berdasarkan fakta di atas, anda sudah boleh faham mengapa beli emas untuk tujuan simpanan dan pelaburan orang ramai memilih dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas. Semoga bermanfaat! 🙂

 

Berita baiknya, anda sebenarnya boleh je beli barang kemas untuk pelaburan sekiranya anda lebih selesa cara begitu.Ia tidak salah langsung walaupun anda dah faham kesemua 5 point diatas.

 

Lagipula, saya setuju jika beli barang kemas daripada duit anda terboros begitu sahaja tanpa hasilnya. Secara tidak langsung, barang kemas sudah masuk kategori pelaburan jangkamasa yang teramat panjang. Ziarah PG Jewel gais!

 

Begitulah.

Semoga ilmu ini bermanfaat,

Aldasir Bin Rudy  (M.D.)|#goldmedalist
PG Group  : PG00084469
WA: 016-7771685|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *