Cara lihat harga emas semasa dunia

Kenapa harga emas yang dalam surat khabar dan TV (masa berita dunia ada info harga emas di skrin bawah) dengan harga Public Gold tak sama?

Ok, ni memang salah satu soalan yang sering ditanya kepada saya. Jawapan ringkas:

Harga yang dipaparkan di surat khabar adalah harga emas mentah (raw gold). Emas yang baru keluar dari lombong dalam bentuk bijih dan belum di proses jadi jongkong /dinar emas. 

Assalamu’alaikum,

Tahniah kerana berminat baca satu lagi ilmu yang saya kongsi semasa PKPB ini.

Harga emas mentah dunia ni merupakan harga yang diguna pakai oleh pengilang (refinery emas) untuk membeli emas dari syarikat pelombong emas.

Harga emas dunia berubah setiap saat, ye setiap saat. Harga emas fizikal Public Gold pula dikemaskini setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas dunia.

Harga di kedai emas pula ikut harga persatuan di Malaysia.

Harga emas di kedai emas. Diambil sebelum Perintah Kawalan Pergerakan(PKP)

 

Emas yang baru di lombong – raw gold nugget

Dalam bahasa mudah, harga emas mentah dikenali sebagai ‘spot price’. Kebiasaannya, dinyatakan dalam unit auns (Oz) dan matawang US dollar.

Gambar harga emas mentah dunia pada masa Artikel ini dikemaskini.

Jika anda lihat tarikh harga emas dunia(rujuk gambar atas) adalah 11/11/2020 sedangkan di Malaysia sudah pun 12/11/2020.

Kenapa masa dan tarikh tidak sama?

Gambar diatas ini adalah jawapan kepada soalan tadi.

Spot Price” ini belum termasuk premium, Iaitu kos minting atau pemprosesan emas mentah sehingga terbentuknya emas dalam bentuk goldbar(jongkong) atau syilling emas (Dinar).

Dan harga ni memang tak ditawarkan kepada individu.

Penting untuk orang awam tahu tentang perkara ni kerana:

  • Untuk elak ditipu oleh ‘scammer’ yang menjual emas below spot price.

 

  • Mengelak diri dari membeli emas palsu.

 

  • Harga emas takkan murah daripada harga emas spot price. (ramai tertipu sebab ditawarkan emas pada harga ‘luar biasa murah’.)

Saya nak berkongsi cara pengiraan harga emas dunia, jom:

Step 1: Dapatkan harga semasa emas di www.kitco.com atau website Public Gold. ( Rujuk graf )

Perlu di ingat harga ini dalam oz (auns).      

Jadi, kita nak convert oz kepada gram, untuk dapatkan harga per gram emas dalam USD.

 

Step 1:  $1,879.10 bahagi 31.1 gram =

Jadi ; harga emas semasa dalam USD bersamaan $60.42 / gram

 

Step 2: Convert kan harga emas daripada USD kepada RM

#Step 2: USD $1 = 4.13 MYR (Cari rate exchange)

Jadi, $60.42 x 4.13 =

Maka harga spot (harga emas mentah ) emas semasa dunia bersamaan RM249.53

 

Exchange rate RM to USD di Maybank. Tak sama dengan di Google.

 

Step 3: Kira beza harga emas yang ditawarkan berbanding harga spot ataupun “premium over spot”.

Definisi Premium over spot: beza harga jual dan harga spot, untuk menampung kos operasi syarikat & sedikit keuntungan.

Formula:

(Harga Emas dijual kepada anda – Harga Emas Spot ) ÷ Harga emas spot × 100%.

Menurut Tuan Azizi Ali, produk emas pelaburan yang baik termasuk premium over spot price yang kurang dari 10%.

Harga semasa emas Public Gold 12/11/2020

Jom kira Premium Over spot price jongkong 10gram Public Gold.

(RM273 – RM249.53) ÷ RM249.53 × 100%
= RM23.47 ÷ RM249.53 × 100%
= 9.4% ✓ (Berbaloi)

Public Gold merupakan antara syarikat yang menawarkan harga & spread terendah di Malaysia (dua kombinasi paling penting untuk anda tahu sebelum beli emas kat mana-mana).

PG Buy: Harga yang Public Gold akan bayar kepada anda jika nak Jual balik emas ke Public Gold. (anda lock harga Buyback & bawa emas ke Cawangan dalam tempoh 1 Hari bekerja)

 

Rujuk harga PG SELL untuk buat pembelian – premium over spot Public Gold sekitar 9% dan kebawah sahaja berbanding dengan kedai-kedai emas terkemuka.

Kalau nak beli emas untuk simpanan dan pelaburan, jangan cuma tanya harga saja.

Tanyakan sekali berapa spread margin. Tanya macam ni:

Kalau nak jual balik nanti, berapa peratus (%) tolak dari harga semasa.

Berikut adalah spread margin Public Gold:

Jadual spread Public Gold.

Ingat dua benda ni:

  • Semakin berat emas – semakin murah harga per gram (rujuk gambar PG Sell di atas)
  • Semakin berat emas – semakin kecil spread margin (perbezaan harga beli dan jual semula)

 

#Soalan: Assalamualaikum 😊 saya nak tanya . Kenapa harga emas semasa di Malaysia tak sama?

Contoh: Hari ini di kelantan emas rm252. 72 /gram dan harga semasa di Page Harga Emas Malaysia adalah RM263. 95/gram hari ini.

So yang mana satu yang diguna pakai sebenarnya?

Terima kasih.

#Jawapan  :

Di malaysia, kita tidak ada harga emas rasmi. Harga emas tidak dikawal oleh kerajaan.

Setiap penjual bebas untuk meletakkan harga masing-masing.

Ia tak salah dari segi undang-undang.

Jadi pengguna perlu bijaksana memilih emas yang terbaik.

Untuk memudahkan pemahaman, saya nak bagi satu contoh.

Harga coca-cola tidak dikawal oleh kerajaan. Kedai Speedmart 99 boleh jual harga RM1.60 sen. Kedai runcit Nasir jual harga RM2.00. Vending machine jual harga RM2.50 .

Tapi kalau beli coca-cola kat hotel 5 bintang, harganya RM10. Giler mahal.

Memandangkan harga coca-cola tidak dikawal maka maka kita tak perlu mempersoalkan kenapa hotel letak RM10 kan?

Apa yang penting, sebagai pengguna bijak, kita pilihlah untuk beli coca-cola di tempat yang murah.

Begitu juga dengan spread harga emas.

Ia tidak dikawal oleh kerajaan. Peniaga bebas meletakkan spread ikut suka hati mereka.

Ikut pengalaman saya, semua penjual emas kat Malaysia nie bijak-bijak belaka.

Untuk mengelakkan dari tertipu, anda perlu menjadi lebih bijak dari penjual ini.

 

Semoga ilmu ini bermanfaat, kongsikan kepada rakan-rakan anda.

Aldasir Bin Rudy  (M.D.)|#goldmedalist
Master Dealer : PG00084469
WA: 016-7771685|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *