6 Sebab Semakin Ramai Orang Simpan Emas

Ramai orang tanya saya, kenapa perlu simpan duit emas?

Saya tanya semula, kenapa perlu simpan duit tunai?

Apa beza simpan duit tunai dengan  simpan emas?

“Perlu ke Simpan Emas?”

 

  1.  KEBOCORAN WANG

Soalan cepu emas untuk kita semua. Duit tunai senang habis ke senang simpan?

Saya percaya semua orang pun sama, baik yang berpendapatan besar, mahupun kecil. Kalau duit tunai, memang cepat habis dibelanjakan. Mengalir macam air paip. Haa gituu..

Ada jenis orang yang setiap kali dapat gaji atau terima duit, biasanya akan berbelanja dulu kemudian baki tu baru simpan. Akhirnya yang mampu simpan mungkin duit kertas paling biru atau syiling sahaja! Syukur kalau ada.

Solusi: (1)Sulitkan perbelanjaan , (2) Tukar bentuk -duit tunai kepada duit emas

Ikut pengalaman saya & ramainya manusia yang amalkan simpana emas, duit tunai yang ditukar kepada aset fizikal mudah cair seperti emas akan terselamat dari dibelanjakan dan dihabiskan. Bila dah berjaya tukar kepada aset fizikal emas, kita berjaya menyimpan dalam bentuk yang lebih sukar dibelanjakan.

 

2. Emas Kalis Inflasi & Mengekalkan Kuasa Beli Dalam Jangka Masa Panjang

 

Dalam banyak buku-buku kewangan tulisan mentor-mentor, emas sering disebut sebagai aset kewangan yang kalis inflasi. Dan dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka masa yang panjang.

 

Kuasa beli dan inflasi, memegang nilai dalam jangka masa panjang? Saya cuba terangkan dalam analogi yang mudah.

 

Cuba perhatikan gambar sahabat baik saya di bawah :

Sembilan tahun yang lepas (tahun 2011), sahabat saya En. Hafizul telah membeli dua ekor kambing untuk tujuan aqiqah anak lelaki beliau yang kedua. Namanya Altamis Hani Harris. Pada masa itu harga seekor kambing sekitar RM600 ke RM650. Beliau bayar guna dua keping Dinar emas.

 

Agak-agak masa sekarang tahun 2020, dapat tak seekor kambing dapat dibeli dengan 1 dinar? Insya Allah dapat. Sebagai muslim, kita mesti yakin hadis sahih itu valid sehingga ke hari kiamat.

 

 

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual.

Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.”

 

Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

 

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku.

 

Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Kuasa beli dengan duit tunai dengan duit emas tidak sama, penyimpan duit kertas tak akan lagi mampu beli kambing pada harga yang sama sebab INFLASI atau kuasa beli sudah jatuh.

 

Sebaliknya, bagi orang yang menyimpan satu dinar emas, masih lagi mampu membeli kambing dengan harga yang sama walaupun selepas 1400 tahun!

 

Terbuktilah, emas ialah aset kewangan yang KALIS INFLASI.

 

3. Emas Medium Pelaburan Jangka Panjang Terbaik

Bagi saya, untuk pelaburan jangka masa panjang, emas adalah pelaburan yang terbaik. Berbaloikah kita simpan duit tapi dalam masa panjang, duit simpanan kita dimamah inflasi (kuasa beli) ditambah teruk dengan kejatuhan nilai matawang RM?

 

Dari segi nilai pelaburan jangka panjang, kelebihan aset fizikal emas mengatasi aset dan intrumen kewangan yang lain sebab emas tidak akan jatuh menjadi nilai KOSONG.

Cuba bayangkan aset kewangan lain, jika berlaku ketidakstabilan ekonomi dan politik, nilai hartanah di tempat tersebut pun akan jatuh dan tiada siapa nak beli! Exit plan yang sangat-sangat mencabar walaupun anda punyai seribu hartanah. Walaupun orang beli hartanah anda dengan tunai, ambik masa sekurang-kurangnya empat hingga enam bulan untuk settle duit tu masuk akaun anda.

 

Gambar : Dalam kita tidak sedar, kejatuhan nilai matawang (CURRENCY LOSS)sebenarnya sudah lama berlaku. (Artikel penuh anda boleh baca disini: https://hackernoon.com/fiat-pegged-stablecoins-as-a-stepping-stone-to-the-next-generation-global-currency-p7zg369n )

4. Emas ~ Simpanan & Pelaburan Yang Rasional

Emas juga satu bentuk pelaburan yang rasional dan menenangkan. Untuk memulakan simpanan emas, tidak perlu modal yang besar cuma RM100 dan tak perlu ada proses jual beli atau dokumentasi, lawyer fee seperti kita beli aset hartanah.

 

Kalau dulu hanya kaum wanita sahaja yang boleh simpan emas, tetapi sekarang dengan kemudahan yang disediakan oleh syarikat seperti Public Gold, semua orang boleh menyimpan emas. Dulu terpaksa kumpul duit untuk beli rantai dan cincin, sekarang hanya serendah RM100 sahaja dah boleh mula menyimpan emas.

 

Emas yang dikumpul bermaksud kekayaan yang kita miliki menjadi aset fizikal yang boleh dipegang, dipeluk, dimiliki, dikumpul (collector) dan sangat mudah alih (mobile). Kalau ada kecemasan, aset emas sangat mudah dicairkan kepada tunai dengan jual balik atau pajak, terus dapat cash. Jadi dapat elak dari buat pinjaman atau guna kad kredit yang ada kadar faedah yang tinggi.

 

Intrumen pelaburan yang baik memiliki kriteria seperti ini :

  • Nilai jangka panjang terjamin
  • Mudah dicairkan kepada tunai
  • Kekayaan di tangan sendiri
  • Ia aset mudah alih – mobile
  • Menutup nafsu berbelanja (kekayaan bertahan lama)
  • Mampu milik tanpa perlu buat hutang bank bagai

5. Emas – Aset/Alat Kewangan Mudah Alih

Dalam majalah bisnes The Times, seorang pakar kewangan menyebut jika kita melabur dalam intrumen pelaburan kewangan di bank, apa yang berlaku sebenarnya ialah:

“Kita meletakkan kekayaan kita dalam poket orang lain dan menunggu satu tempoh masa. Bila sudah sampai masanya, kita akan ambil balik bersama pulangan yang dijanjikan. Dalam tempoh masa tersebut, kekayaan itu bukan jadi milik kita sepenuhnya.”

Berbeza dengan pelaburan emas, setelah kita menukarkan duit kepada emas, kekayaan itu masih sepenuhnya milik kita.

 

Kalau kita melabur dalam hartanah dan rumah, proses dokumentasi jual beli yang panjang boleh makan sehingga 6 – 9 bulan untuk diselesaikan.

 

Belum lagi kira kos guaman dan kos penyelenggaraan rumah. Malah aset hartanah dan rumah tidak boleh di alih. Cuba kalau kita terlepas bayar cukai rumah 2,3 kali haa…  baru kita tahu siapa empunya sebenar hartanah tersebut.

 

Sebaliknya emas, kalau kita berpindah dari satu satu tempat ke tempat yang lain, aset emas boleh dibawa dengan mudah.

 

Jika berlaku keadaan yang tidak baik seperti pergolakan politik seperti perang, kita masih boleh membawa bersama emas tersebut ke mana sahaja tanpa perlu risau risiko kejatuhan nilai.

Pelarian Vietnam sebagai contoh dalam Perang Vietnam, melarikan diri bersama kepingan emas. Mereka kemudian memulakan hidup baru dengan berbekalkan modal emas di negara orang. Sebab matawang negara yang bergolak pasti tidak laku lagi.

 

6. Emas Magnet Kekayaan

Bila kita miliki duit kertas, psikologi terus fikir nak beli apa. Sebaliknya kalau miliki emas, psikologi manusia akan SAYANG dan terus rasa nak SIMPAN. Sebenarnya, menjadi fitrah manusia sukakan emas sebagaimana dalil dalam Al-Quran, Surah Ali Imran Ayat ke 14 .

 

Apabila aktiviti menyimpan emas sudah jadi tabiat, baik dalam bentuk barang kemas mahupun jongkong & dinar pelaburan, automatik perasaan suka menyimpan dan perasaan sayang akan wujud. Dari 1 gram bertambah lagi jadi 2 gram, dari sedikit semakin lama semakin bertambah banyak.

AKHIRNYA, koleksi emas anda akan terus bertambah dan nilai kekayaan anda turut sama meningkat. Tak hairanlah bila ramai mentor-mentor kewangan sebut EMAS MAGNET KEKAYAAN.

Haa kan!

 

Aldasir Bin Rudy |#goldmedalist
Penyimpan emas paling tegar
Authorised Dealer Public Gold
Kod Dealer: PG00084469
WA: 016-7771685

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *